MUHYIDDIN bertemu dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Hsien Loong di atas Tambak Johor bagi menyaksikan persetujuan dua hala untuk meneruskan projek RTS yang menghubungi Johor Bahru-Singapura hari ini.Kelihatan sama Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong (kiri) dan Menteri Pengangkutan Singapura Ong Ye Kung (kanan). FOTO Bernama

BERNAMA

MALAYSIA dan Singapura, hari ini, bersetuju meneruskan projek Sistem Rapid Transit (RTS) dengan pemimpin dari kedua-dua negara bertemu di tengah-tengah Tambak Johor sebagai simbolik persetujuan.

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong diiringi bersama beberapa menteri Kabinet masing-masing tiba di laluan darat tersibuk dunia itu pada jam 10 pagi.

Pada pertemuan itu, kedua-dua Perdana Menteri menyaksikan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong dan Menteri Pengangkutan Singapura Ong Ye Kung memegang dokumen rasmi sebagai simbolik bersetuju meneruskan projek RTS.

Turut hadir pada majlis simbolik itu ialah Menteri Kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad.

Di pihak Singapura pula, antara yang hadir ialah Menteri Luarnya Dr Vivian Balakrishnan dan bekas Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2020 @ 11:45 AM