SULAIMAN Yassin. FOTO Muhaamad Hafis Nawawi
SULAIMAN Yassin. FOTO Muhaamad Hafis Nawawi
Murni Wan Omar dan Muhaamad Hafis Nawawi


"SAYA datang ke sini selepas solat Subuh tadi bagi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak kerana mengenang jasanya kepada rakyat," kata pelawak, Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, dia datang awal kerana bimbang tidak dapat masuk jika berlaku kesesakan.

"Saya dari dulu memang penyokong Najib kerana beliau seorang yang dan ikhlas menolong rakyat.

"Sebab itu saya datang juga hari ini bagi menyatakan sokongan kepadanya, cuma apabila mengetahui Najib dijatuhkan hukuman bersalah, saya agak tidak suka," katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Wangsa Maju, Noriah Ibrahim berkata, dia amat sedih dengan keputusan mahkamah terhadap bekas Perdana Menteri itu.

"Saya memang penyokong setianya dari awal dan pondok keselamatan mahkamah ini menjadi saksi saya sentiasa ada di sini sejak dari awal Najib dituduh di mahkamah," katanya.

Terdahulu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Najib bersalah atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Najib didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.

Berita Berkaitan

  • Pasukan Najib mahu rayuan ringan hukuman ditangguhkan
  • Kes SRC: Najib bersalah! [METROTV]
  • Warganet risau wujud kluster Najib
  • Kronologi kes SRC
  • Najib tiba di mahkamah
  • Kes SRC: Hanya 10 media dibenar masuk mahkamah>
  • Kes SRC: Ratusan penyokong hadir ke mahkamah
  • Nasib Najib ditentukan 10 pagi ini
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Julai 2020 @ 2:58 PM