SEORANG lelaki ditahan anggota polis selepas memanjat pagar untuk memasuki kawasan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
SEORANG lelaki ditahan anggota polis selepas memanjat pagar untuk memasuki kawasan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Murni Wan Omar dan Muhaamad Hafis Nawawi


TINDAKAN seorang lelaki cuba menceroboh Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dengan dipercayai memanjat pagar mengundang padah apabila ditahan polis petang ini.

Dalam kejadian jam 6.15 petang itu, lelaki terbabit berbaju warna merah jambu yang mendakwa dirinya penulis cuba masuk ke dalam mahkamah namun tidak dibenarkan kerana tidak memiliki pas.

Selepas tidak dibenarkan masuk, dia cuba memanjat pagar di tepi kompleks mahkamah dengan anggapan tidak disedari pihak berkuasa.

Bagaimanapun perbuatannya disedari pengawal keselamatan yang bertugas sebelum memaklumkan kepada polis.

Susulan itu dia kemudian ditahan sebelum dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Harian Metro sedang mendapatkan pengesahan daripada Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy.

Berita lanjut menyusul

Berita Berkaitan

  • 'Wallahi, wabillahi, watallahi, saya tak tahu RM42 juta itu' - Najib
  • Mahkamah tolak permohonan tangguh, hukuman Najib hari ini
  • Penyokong Najib akan dikompaun jika degil tak patuh SOP
  • Datang ke mahkamah lepas Subuh
  • Pasukan Najib mahu rayuan ringan hukuman ditangguhkan
  • Kes SRC: Najib bersalah! [METROTV]
  • Warganet risau wujud kluster Najib
  • Kronologi kes SRC
  • Najib tiba di mahkamah
  • Kes SRC: Hanya 10 media dibenar masuk mahkamah>
  • Kes SRC: Ratusan penyokong hadir ke mahkamah
  • Nasib Najib ditentukan 10 pagi ini
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Julai 2020 @ 6:46 PM