Tinjauan harga barang di Pasar Basah Rawang di mana Kementerian Perdagangan dan Hal-Ehwal Penguna (KPDNHEP) mahu melaksanakan Skim Harga Maksimum bagi mengawal harga barangan keperluan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak COVID-19 dalam negara. FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN
Tinjauan harga barang di Pasar Basah Rawang di mana Kementerian Perdagangan dan Hal-Ehwal Penguna (KPDNHEP) mahu melaksanakan Skim Harga Maksimum bagi mengawal harga barangan keperluan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak COVID-19 dalam negara. FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN
Muhaamad Hafis Nawawi


BEKALAN barangan keperluan masih mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperoleh.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semalam, Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 733 premis perniagaan termasuk peruncit (532), pemborong (169) dan pengilang (32).

Menurutnya, secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperoleh.

"Pegawai penguatkuasa KPDNEHP juga melakukan 1,327 pemeriksaan khas Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan mendapati 1,295 premis mematuhi SOP yang ditetapkan manakala 29 premis diberi nasihat.

"Tiga lagi premis diberi amaran kerana tidak patuh SOP," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, sejak 13 Mei lalu, sebanyak 132,919 premis diperiksa oleh KPDNHEP dan daripada jumlah itu 127,009 premis didapati patuh kepada SOP manakala 5,609 premis diberi nasihat.

"Sebanyak 301 premis pula diberi amaran kerana tidak patuh SOP.

"Dalam tempoh PKPP ini, kerajaan ingin menggesa pengusaha dan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan sosial dan kebersihan diri terutamanya dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Julai 2020 @ 3:48 PM