Muhaamad Hafis Nawawi


BEKALAN barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung permintaan dalam negara yang berterusan serta mudah diperoleh.

Menteri Pertahanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) juga membuat pemantauan di peringkat pengeluar makanan dan memberi jaminan bekalan barangan keperluan mencukupi.

"Orang ramai dinasihati tidak bimbang dengan bekalan makanan dan keperluan kerana ia dijamin mencukupi.

MOA beri jaminan bekalan barangan keperluan mencukupi. FOTO Aswadi Alias
MOA beri jaminan bekalan barangan keperluan mencukupi. FOTO Aswadi Alias

"Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga membuat pemantauan harian ke atas 25 jenis bekalan barangan di 959 premis perniagaan membabitkan 743 peruncit, 185 pemborong dan 31 pengilang.

"Semalam, penguat kuasa KPDNHEP turut melakukan 2,643 pemeriksaan khas Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," katanya pada sidang media harian di Putrajaya di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, pemeriksaan KPDNHEP mendapati, 2,551 premis mematuhi SOP yang ditetapkan, 87 premis diberi nasihat manakala lima premis diberi amaran atas ketidakpatuhan SOP.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Jun 2020 @ 3:29 PM