Murnaena Muhammad Nasir

"BARU saja perniagaan kami ingin bangkit semula selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi disebabkan gambar tular itu, sukar untuk kami mendapatkan keyakinan pelanggan kembali," kata pekerja kedai makan di medan selera di Bandar Meru Raya, Ipoh selepas makcik 'wristband' singgah makan di situ.

Pekerja itu yang mahu dikenali sebagai Nurul Suhada, 27, berkata, wanita itu bersarapan di premis pada 6 Julai lalu namun gambarnya tular pada 20 Julai lalu.

"Akibatnya pelanggan semakin berkurangan sejak gambar wanita yang memakai gelang pengesanan kuarantin Covid-19 itu tular.

"Sehingga hari ini, tiada tanda-tanda pekerja di premis mempunyai simptom Covid-19 namun kami mengalami kerugian kerana pelanggan tidak datang," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, sanitasi sudah dilakukan semalam dan premisnya dibenarkan menjalankan perniagaan seperti biasa esok.

Dia berharap, berharap orang ramai tidak menyebarkan apa-apa berita yang tidak sahih yang memburukkan imej premisnya.

"Biarlah pihak berwajib yang menentukan. Hanya satu permintaan saya, positif atau negatif wanita itu janganlah diletakkan kesalahan kepada kami semata-mata kerana kami juga mengalami kerugian yang teruk," katanya.

Berita berkaitan

Pelitup muka fabrik punca makcik 'wristband' positif Covid-19

Identiti makcik 'wristband' dikenal pasti

'Tak periksa pergelangan tangan dia, cuma ikut SOP disarankan'

JKNP cari makcik tular

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Julai 2020 @ 8:18 PM