TERTUDUH mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh. FOTO Balqis Jazimah Zahari
TERTUDUH mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh. FOTO Balqis Jazimah Zahari
Balqis Jazimah Zahari


NUR Emah Mohamad Hashim atau dikenali sebagai 'makcik gelang pink' tidak mampu menahan sebak sehingga mengalirkan air mata sebaik majistret memutuskan hukuman penjara dan denda terhadapnya di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.

Dia yang hadir ke mahkamah memakai jubah serba hitam ditemani ahli keluarga yang duduk di galeri awam sejak bermula sehingga prosiding tamat.

Nur Emah, 72, sebelumnya kelihatan tenang ketika duduk di ruang tempat duduk di dalam mahkamah berkenaan sebelum dipanggil jurubahasa untuk dibacakan pertuduhan dihadapan Majistret.

Dia juga kelihatan sebak ketika membuat rayuan kepada mahkamah sebaik pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Terdahulu, 'Makcik gelang pink' dijatuhi hukuman penjara selama satu hari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini atas pertuduhan tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian ketika dikenakan perintah kuarantin di rumah.

Nur Emah mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nabihah Mohd Noor.

Berita berkaitan:

  • Makcik gelang pink dijel sehari, denda RM8,000 [METROTV]
  • Usah bimbang, dah sanitasi kawasan dijejaki 'makcik gelang pink': Bomba [METROTV]
  • Identiti makcik 'wristband' dikenal pasti
  • 'Tak periksa pergelangan tangan dia, cuma ikut SOP disarankan'
  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • JKNP cari makcik tular

  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2020 @ 1:02 PM