GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Melvin Joni

SEORANG lelaki dilihat duduk dalam keadaan lemah sebelum rebah dan meninggal dunia di persimpangan Jong Crocodile, Jalan Kuching-Serian di Padawan, hari ini.

Mangsa yang sedang dikenal pasti identitinya ditemui oleh dua orang awam yang melintasi kawasan berkenaan jam 4 pagi, sebelum dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas HUS ketika dirawat.

"Pemeriksaan mendapati terdapat suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG) di lengan kiri mangsa.

"Kami turut tidak menemui sebarang unsur jenayah pada badan mangsa," katanya pada kenyataan.

Menurut Aidil, pihaknya sedang mengesan keluarga mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2020 @ 8:24 PM