SAMANTHA Katie James. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
SAMANTHA Katie James. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
Faliqah Alia Radin Mohd


BEKAS Miss Universe Malaysia Samantha Katie James membuat permohonan maaf di laman sosial Instagram miliknya, hari ini susulan kenyataan sensitif berhubung orang Amerika-Afrika.

Samantha berkata, dia mungkin melakukan kesilapan kerana tidak memahami perkara sebenar yang berlaku di negara Uncle Sam terbabit.

"Saya mendengar luahan anda dan saya minta maaf. Saya tahu tidak adil bagi anda semua.

"Saya tidak memahami perkara ini sepenuhnya kerana saya tidak berada di tempat anda," katanya.

Samantha mengakui menyusun kenyataan dengan cara yang salah dan akan memastikan untuk menyampaikannya dengan cara yang betul pada masa akan datang.

"Sekiranya saya lebih peka dengan cara penulisan saya, pesanan itu akan disampaikan dengan lebih betul dan tulus kepada semua korban rasisme tak kira warna kulit," katanya.

Terdahulu, bekas ratu cantik Miss Universe Malaysia itu mendapat kecaman di media sosial susulan kenyataan sensitif terhadap golongan Afrika-Amerika yang melakukan protes di seluruh Amerika Syarikat susulan kematian lelaki kulit hitam George Floyd beberapa hari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2020 @ 5:43 PM