Saipul Adli Mohamad dan Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan tiga kluster Covid-19 baharu di Pahang membabitkan pekerja asing.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketiga-tiga kluster berkenaan mengakibatkan 15 warga asing dijangkiti wabak itu.

"Kluster terbabit adalah sebuah ladang di Bera, kilang papan di Maran dan syarikat pembinaan di Maran.

"Kluster ladang membabitkan tujuh kes baharu manakala kilang papan dikesan ada enam kes dan syarikat pembinaan pula dikesan dua kes," katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, kluster Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Sepang turut mencatatkan pertambahan 24 kes baharu menjadikan keseluruhan 60 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Foto NSTP
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Foto NSTP

Menurutnya, semua kes positif itu membabitkan warganegara asing.

"Kluster lain masih aktif di Malaysia adalah Kampung Sungai Lui iaitu terdapat pertambahan satu kes baharu menjadikan keseluruhan 209 kes.

"Kluster Pudu ada pertambahan satu kes menjadikan jumlah keseluruhan 76 kes," katanya.

Bagaimanapun, katanya, kluster lain tidak merekodkan pertambahan kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mei 2020 @ 6:02 PM