FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Noor Hidayah Tanziz


LELAKI yang dipercayai membakar kenderaan milik bapa mentuanya di tepi Jalan Senggang, Parit, Rabu lalu direman empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, suspek berusia 41 tahun itu direman hingga Selasa depan bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian.

"Setakat ini, lelaki terbabit tidak mengaku melakukan perbuatan itu.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Portal berita Harian Metro semalam melaporkan suspek dipercayai bertindak demikian selepas tidak berpuas hati apabila bapa mentuanya didakwa masuk campur pertengkaran dengan isterinya.

Dalam kejadian itu, kereta Perodua Myvi milik warga emas berusia 68 tahun terbabit ditemui dalam keadaan hangus terbakar 100 peratus, kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mei 2020 @ 10:18 PM