YANG di-Pertua Negeri Melaka sekarang, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob. FOTO arkib NSTP
YANG di-Pertua Negeri Melaka sekarang, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

ISTIADAT angkat sumpah jawatan Yang di-Pertua Negeri Melaka akan berlangsung di Balai Istiadat, Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh pada 5 Jun.

Jabatan Ketua Menteri Melaka dalam kenyataan kepada Bernama memaklumkan istiadat itu dijadualkan bermula pada 10 pagi dan pengisytiharan jawatan Yang di-Pertua Negeri Melaka akan dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Hasim Hasan.

Yang di-Pertua Negeri Melaka kemudian akan mengangkat sumpah dan menandatangani Surat Cara Sumpah Jawatan sebelum menyampaikan ucapan.

Istiadat akan diteruskan dengan lafaz taat setia oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Md Ali diikuti bacaan doa oleh Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.

Semua yang hadir diminta mematuhi kod etika pakaian istiadat yang ditetapkan.

Majlis dijadualkan berakhir pada 11.30 pagi.

Berita berkaitan

Spekulasi TYT Melaka: Jangan derhaka keputusan Agong-Sulaiman

Spekulasi TYT baharu Melaka: PM jumpa Mohd Khalil

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mei 2020 @ 4:27 PM