GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Oleh Norsyazwani Nasri


PESARA polis meninggal dunia selepas Modenas Kriss ditunggang terbabit kemalangan di Kilometer 7, Jalan Datuk Mohd Musa, berhampiran bulatan Entingan di sini, 11.20 pagi tadi.

Eman Suib, 68, berasal dari Kampung Asajaya Ulu yang menunggang dari arah Kuching ke Kota Samarahan, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan di kepala dan badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kejadian berlaku apabila Perodua Myvi dipandu dari arah sama bergesel dengan Modenas Kriss mangsa.

"Mangsa tercampak ke jalan dan meninggal dunia akibat kecederaan dialami.

"Pemandu Perodua Myvi yang juga lelaki berusia 45 tahun dari Kampung Tanjung Parang bersama dua penumpang selamat," katanya pada kenyataan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2020 @ 9:06 PM