MPV Hyundai Matrix dipandu Ainul Khaliza (gambar kecil) terbabas ke dalam parit menyebabkan mangsa meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 32, Jalan Kota Samarahan-Sadong Jaya, Kota Samarahan, hari ini. FOTO ihsan polis.

Mohd Roji Kawi

SEORANG guru maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terbabas di Kilometer 32, Jalan Kota Samarahan-Sadong Jaya di Kota Samarahan, tengah hari ini.

Mangsa, Ainul Khaliza Bolhi, 38, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan 1.40 tengah hari itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaaan Trafik (JSPT) Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, ketika kejadian mangsa memandu dari arah Sadong Jaya menghala ke Asajaya.

“Setibanya di lokasi, Hyundai Matrix dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan ketika melalui selekoh lalu terbabas ke bahu jalan sebelum memasuki parit.

“Mangsa yang beralamat di Kampung Haji Baki, Kuching dikeluarkan orang awam dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2019 @ 8:00 PM