ROSLEE CHIK
ROSLEE CHIK
Baharom Bakar


KEBANYAKAN rakyat yang terkandas di negeri ini membuat permohonan pulang ke kediaman masing-masing melalui laman sesawang.

Sehubungan itu, Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik ketika dihubungi berkata, tindakan bijak orang ramai itu menyebabkan tidak berlaku kesesakan di balai polis di seluruh negeri ini.

"Orang ramai yang sudah mendapat kelulusan tidak perlu panik untuk terus pulang kediaman masing-masing kerana kerajaan mengumumkan pergerakan mereka hanya akan bermula Khamis depan," katanya.

Sementara itu, tinjauan di Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2) bermula daripada plaza tol Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu hingga sempadan Terengganu-Pahang di Perasing, Kemaman, mendapati suasana lenggang.

Tinjauan juga mendapati laluan itu hanya dilalui kenderaan berat seperti lori tangki dan beberapa kereta persendirian.

Beberapa pegawai dan anggota polis serta tentera yang bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) berhampiran Plaza Tol Kampung Gemuroh mengakui sehingga jam 3.30 petang, hanya sekitar 80 kenderaan menggunakan laluan itu terutama lori tangki.

"Jumlah kenderaan paling banyak yang menggunakan LPT2 adalah awal pagi tadi membabitkan pekerja di sektor minyak dan gas," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mei 2020 @ 6:25 PM