PASANGAN kekasih positif dadah yang ditahan di Kampung Haji Baki, Kuching malam tadi. FOTO IHSAN POLIS
PASANGAN kekasih positif dadah yang ditahan di Kampung Haji Baki, Kuching malam tadi. FOTO IHSAN POLIS
Melvin Joni


SEPASANG kekasih ditangkap selepas disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah, di Kampung Haji Baki, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata, kedua-dua suspek ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan kira-kira jam 10.30 malam.

"Pemeriksaan badan terhadap kedua-dua suspek tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang, namun mereka dibawa ke Balai Polis Kota Sentosa untuk tindakan selanjutnya.

"Kedua-dua suspek kemudian menjalani ujian saringan air kencing di Balai Polis Kota Sentosa, dan didapati positif dadah jenis syabu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Aidil, suspek lelaki berusia 37 tahun dari Kota Tinggi, Johor dan kekasihnya berusia 31 tahun dari Jalan Nangka, Batu 10 Matang.

Katanya kedua-dua mereka kini ditahan di lokap Balai Polis Siburan dan lokap Balai Polis Beratok.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 April 2020 @ 2:45 PM