Suspek (tengah) ketika ditahan oleh polis di tepi Jalan Lapangan Terbang Lama kira-kira jam 8.10 malam tadi. FOTO MELVIN JONI
Suspek (tengah) ketika ditahan oleh polis di tepi Jalan Lapangan Terbang Lama kira-kira jam 8.10 malam tadi. FOTO MELVIN JONI
Melvin Joni

Padawan: Remaja lelaki ditahan selepas disyaki merogol gadis bawah umur selepas mereka bertemu buat kali pertama di sini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata, suspek berusia 18 tahun itu ditahan di tepi Jalan Lapangan Terbang Lama di sini, pada 8.10 malam tadi.

Menurutnya, remaja berkenaan ditahan susulan laporan polis yang dibuat oleh bapa mangsa semalam selepas anaknya yang berusia 13 tahun mendakwa dirogol oleh suspek di kawasan perumahan di Batu 6 pada 15 Mei lalu.

"Mangsa mendakwa berkenalan dengan suspek melalui WhatsApp dan mereka baru bertemu pada hari kejadian," katanya.

Menurut Aidil, kes masih dalam siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan remaja lelaki berkenaan kini ditahan di lokap Balai Polis Siburan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Julai 2021 @ 2:05 PM