LAPORAN terdahulu portal Harian Metro
LAPORAN terdahulu portal Harian Metro
Noor Hidayah Tanzizi


POLIS menahan seorang lelaki yang dipercayai menetak adik kandungnya dalam serbuan di sebuah inap desa di Tanjung Karang, Selangor, semalam.

Suspek berusia 42 tahun itu ditahan bersama isterinya berusia 30 tahun pada 1.15 tengah hari oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, Selangor.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata,

suspek yang melarikan diri selepas kejadian menyewa inap desa berkenaan untuk bersembunyi bersama isterinya yang juga suri rumah.

"Siasatan awal mendapati suami isteri itu tinggal di Banting, Selangor dan ketika kejadian berlaku mereka berada di kampung susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Suspek dan isterinya direman selama tiga hari bermula hari ini hingga Rabu ini untuk membantu siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, mereka mempunyai lima anak yang dijaga ibu suspek di Kota Setia, Kampung Gajah.

Portal berita Harian Metro kelmarin melaporkan lelaki berusia 38 tahun parah ditetak abangnya dengan parang panjang sebanyak lima kali dalam pergaduhan di rumah mereka di Kota Setia, Kampung Gajah pada 7 malam, Jumaat lalu.

Kejadian berlaku apabila mangsa cuba mempertahankan ibunya yang menangis selepas dimarahi suspek.

Berita berkaitan

Abang tetak adik lima kali

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 April 2020 @ 3:21 PM