LELAKI warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kematian seorang buruh semalam, kata Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah.
Beliau berkata, perintah reman terhadap lelaki berusia 29 tahun itu dikeluarkan Majistret Hazwanie Husain Bustari, untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam kejadian 2.45 pagi semalam, seorang buruh, Mohd Zukanain Abdul Aziz, 39, maut, manakala isterinya Rosnah Muhamed, 34, cedera di tangan kiri akibat ditetak rakan mereka yang juga buruh warga Indonesia dalam kejadian di rumah kongsi ladang kelapa sawit di Kampung Beril dekat Paka.
Suspek berjaya diberkas kurang enam jam selepas pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu.
Berita berkaitan
• Jenazah mangsa tetak dituntut keluarga
• Pandu sambil tekup luka tetakan