Muhaamad Hafis Nawawi danHafidzul Hilmi Mohd Noor


"TOLONGLAH patuhi segala arahan dikeluarkan dan berilah kerjasama kepada polis kerana saya nak ingatkan PKP (perintah kawalan pergerakan) belum ditamatkan," kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata, sebelum ini, beliau gembira apabila jumlah tangkapan menurun selama tiga hari berturut-turut namun ia naik kembali semalam.


"Jadi saya nak ingatkan PKP belum ditamatkan tindakan polis tetap sama iaitu tegas dan keras kepada sesiapa sahaja melanggar PKP.

"Saya harap patuhilah arahan termasuk mereka di kawasan zon hijau walaupun tiada kes baru dan tiada positif Covid-19 tetapi PKP masih diteruskan seperti biasa," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, di sini, hari ini.

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob. FOTO Bernama
DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob. FOTO Bernama

Menurutnya, jika berlaku ingkar PKP di kawasan zon hijau tetap akan ditahan dan tunggulah kerana Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang menyediakan prosedur standard operasi (SOP) di setiap zon sama ada hijau, kuning atau merah.

"Ada juga tular di media sosial seorang berumur ditahan polis di mana saya dimaklumkan pihak polis sudah menggunakan budi bicara sebelum ditangkap.

"Mereka yang ditangkap itu biasanya setelah diberi nasihat beberapa kali tetapi masih berdegil dan ramai yang salahkan polis tidak bertimbang rasa tetapi sebenarnya mereka sudah menggunakan budi bicara," katanya.

Katanya, semalam polis bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan 824 sekatan jalan raya di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan ke atas 446,024 kenderaan.

"Sebanyak 37,128 pemeriksaan mengejut diadakan di seluruh negara dengan sebanyak 6,798 premis diperiksa oleh pihak berkuasa.

"Seramai 577 individu berbanding 386 individu hari sebelumnya kerana ingkar PKP, merangkumi 505 individu yang direman dan 72 individu dijamin polis," katanya.

Beliau berkata, jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga semalam adalah sebanyak 20,011 individu.

GAMBAR hiasan. FOTO Asyraf Hamzah
GAMBAR hiasan. FOTO Asyraf Hamzah

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 April 2020 @ 3:45 PM