FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


POLIS kini sedang mengesan dua lelaki dipercayai warga Rohingya kerana memuat naik video menghina masyarakat menerusi Facebook.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

"Bagaimanapun polis sedang mengesan kedua-dua lelaki berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, video berdurasi empat minit itu mula tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Dua lelaki dipercayai warga Rohingya menghina serta mengeluarkan kata-kata lucah kepada masyarakat dan pengguna Facebook.

Video yang disiarkan secara langsung itu menerima kecaman netizen yang mahu kedua-dua lelaki itu ditahan.

Malah ada yang mendakwa dua lelaki berkenaan sudah ditahan oleh beberapa individu.

Sekumpulan individu turut memuat naik gambar mereka menyerbu rumah dua lelaki berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 April 2020 @ 1:06 PM