GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Yun Mikail


SEBANYAK 5,460 ujian sampel Covid-19 di Sabah sudah dijalankan pasukan Makmal Hospital Queen Elizabeth (HQE) sehingga semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Christina Rundi berkata, makmal di bawah seliaan Unit Patologi, HQE itu berjaya mempertingkatkan keupayaannya untuk pengesanan Covid-19 sejak 30 Mac lalu.

"Perkembangan positif ini adalah susulan pengubahsuaian makmal kepada ruang kerja yang lebih luas, kondusif dan selamat untuk petugas makmal.

"Selain itu, bilangan kumulatif yang masih dalam pemantauan perintah pengawasan dan pemerhatian kuarantin di rumah setakat kelmarin adalah 4,422 orang.

"Manakala, 14,275 kotak rapat yang sudah menamatkan kuarantin di rumah bagi tempoh sama," katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Katanya, tiada pertambahan kes positif Covid-19 baharu direkodkan semalam dan mengekalkan Sabah dengan 311 kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 April 2020 @ 10:51 AM