KEMAMPUAN swafoto canggih dengan reka bentuk peranti menakjubkan antara ciri utama dalam pemilihan telefon pintar terutama generasi muda yang meminati fesyen.

Justeru, bagi memenuhi cita rasa generasi muda terutama yang meminati fesyen, vivo tampil dengan peranti terbaharu vivo V19 di Malaysia.

Selain menampilkan dwi-kamera di bahagian depan 32MP + 8MP kamera Super Wide-Angle dan reka bentuk skrin super AMOLED FHD+ Ultra O, vivo V19 juga menawarkan kemampuan swafoto luar biasa.

vivo V19 juga dilengkapi teknologi canggih dalam reka bentuk peranti mewah untuk menghasilkan pengalaman mudah alih yang inovatif.

Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, Mike Xu berkata vivo sentiasa komited dan mengambil berat terhadap penggunanya.

Justeru, vivo V19 ini menurutnya mencerminkan pemahaman vivo mengenai keperluan pengguna terutama generasi muda.

"Dengan teknologi swafoto yang terkemuka dalam industri, reka bentuk mewah dan prestasi yang hebat, vivo V19 sangat sesuai untuk pengguna muda yang mementingkan ciri kamera dan hiburan.

"vivo V19 ini adalah peranti pintar diperbuat khas untuk melengkapi gaya hidup pengguna muda," katanya.


Teknologi kamera canggih untuk swafoto sempurna

Dwi-kamera di bahagian depan vivo V19 dengan kamera utama 32MP dan kamera super wide-angle 8MP membantu pengguna menghasilkan swafoto terbaik pada bila-bila masa dan di mana jua.

Kamera hadapan vivo V19 ini juga menyokong swafoto sudut lebar sehingga 105 darjah, digabungkan dengan algoritma AI yang mampu membetulkan sudut lebar antara latar depan dan latar belakang untuk gambar yang menarik.

Kamera hadapan turut dilengkapi dengan Ultra Stable Selfie Video untuk mempertingkatkan tahap kestabilan apabila video diambil dalam sudut lebar.

Selain tu, vivo V19 ini mempunyai Kuad Kamera AI di belakang dengan kamera utama 48MP, kamera super wide-angle 8MP, kamera makro 2MP dan kamera bokeh 2MP.

Bersama-sama dengan Ultra Stable Video, vivo V19 dilengkapi dengan ciri foto dan video AI, termasuk AI Video Filters, AI Video Editor dan AI Image Matting untuk penyuntingan profesional.

Kamera hadapan dan belakang peranti ini dilengkapi mod khas untuk merakam gambar menakjubkan pada waktu malam.

Mod Super Night Selfie kamera hadapan dengan 'Layer-Based Beautification', 'Spatial Merging Denoising', dan 'Multiple Exposure', juga membolehkan pengguna mengambil swafoto yang jelas dan indah dengan latar langit pada waktu malam.

Mod 'Super Night Portrait' pula dilengkapi 'Multi-Frame Screening', 'Temporal Alignment' dan 'Spatial Merging Denoising' sekali gus membolehkan pengguna menangkap foto beresolusi tinggi untuk mengabadikan keajaiban hidup, walaupun pada waktu malam.


Paparan inovatif dan reka bentuk yang bergaya khas

Skrin vivo V19 ini juga nyata tidak mengecewakan. vivo V19 menampilkan Skrin 6.44-inci Super AMOLED FHD+ Ultra O yang menggunakan E3 OLED dan menyokong gamut warna DCI-P3 100 peratus.

Kecerahan paparan secara automatik dapat menyesuaikan tahap pencahayaan sekitar dan menyaring 42 peratus lebih cahaya biru berbanding E2 OLED seterusnya mewujudkan pengalaman yang lebih sihat.

Peranti ini juga direka untuk keselesaan dan gaya, bukti komitmen vivo terhadap kepentingan pengguna.

Dengan lengkungan 3D yang direka secara ergonomik, vivo V19 sempurna untuk dipegang, sementara Corning Gorilla Glass 6 pula menawarkan keanggunan dan kecanggihan.

Prestasi hebat, bateri tahan sokong pengguna yang bergerak pantas

Selain kemampuan swafoto dan reka bentuk, bateri berkapasiti 4500mAh memberikan ketahanan yang lama.

Ia juga sokongan pengecasan pantas FlashCharge 2.0 33W membolehkan pengecasan dari 0 ke 54 peratus dalam masa 30 minit sekali gus memudahkan pengguna yang bergerak pantas.

Dikuasakan dengan cip Qualcomm Snapdragon 712, vivo V19 mempunyai antara muka yang pantas dan prestasi pengkomputeran teratas.

Untuk menyokong penggunaan tenaga yang tinggi untuk kemampuan kamera AI, vivo V19 dibina dengan penyejukan cecair tiub tembaga yang menjaminkan jangka hayat CPU lebih lama, prestasi peranti yang lebih dipercayai, dan pengendalian berbilang tugas yang lancar.

Peranti ini juga dilengkapi dengan 8GB RAM + 128GB ROM yang membolehkan pengguna menyimpan apa sahaja yang diperlukan.

vivo V19 juga memberikan pengalaman 'gaming' yang terbaik dengan ciri Multi-Turbo 3.0 untuk mengoptimumkan kawalan sentuhan dan kestabilan FPS, serta Mod Ultra Game dengan fungsi seperti 'Fast Screen Capture', 'Screen Recording' dan 'Game Vibration'.

Warna menarik serlahkan gaya

vivo V19 terbaharu ini didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Gleam Black dan Sleek Silver.

Ia boleh didapati di Malaysia dengan harga RM1,699 di semua platform e-dagang seperti Lazada, Senheng, senQ Digital Station, vivo online store, Shopee dan sebagainya.

#V19 #IgniteYourNight

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 April 2020 @ 5:45 PM