AHLI Puteri UMNO Bahagian Simpang Renggam membungkus bubur lambuk untuk petugas barisan hadapan. FOTO IHSAN PEMBACA
AHLI Puteri UMNO Bahagian Simpang Renggam membungkus bubur lambuk untuk petugas barisan hadapan. FOTO IHSAN PEMBACA
Adnan Ibrahim


SEBANYAK 400 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan Covid-19 bersempena Nisfu Syaaban.

Ia disedekahkan UMNO Bahagian Simpang Renggam dan agihan dibuat di Bilik Gerakan Bencana Covid-19 di Dewan Orang Ramai Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) dekat sini, hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam Datuk Zakaria Dullah berkata, sudah menjadi kebiasaan pihaknya untuk bersedekah setiap tahun pada Nisfu Syaaban.

Katanya, ada ramai petugas di kawasan Kampung Datuk Ibrahim Majid (KDIM) dan Bandar Baru Ibrahim Majid (BBIM) dekat sini, yang terbabit dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat PKPD.

“Kami sedekahkan juadah bubur lambuk ini untuk sebahagian daripada petugas berbuka puasa.

Kami berdoa supaya semua petugas terus cekal dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus bertugas sekiranya PKPD dilanjutkan,” katanya.

Menurut Zakaria, penyediaan bubur lambuk dilaksanakan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Simpang Renggam manakala Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Simpang Renggam menghantarnya ke setiap stesen petugas.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 April 2020 @ 4:37 PM