Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Syeikh Zakaria Othman (kanan) meninjau bekalan makanan di di Kompleks Pembangunan Asnaf, Mergong di sini.Makanan seperti beras, sardin dan kicap akan diagihkan kepada penduduk yang terjejas akibat PKP. FOTO Noorazura Abdul Rahman

Noorazura Abdul Rahman

LEMBAGA Zakat Negeri Kedah (LZNK) mengagihkan peruntukan tambahan bernilai RM9.7 juta bagi menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zakaria Othman berkata, penghantaran bantuan makanan itu akan dibuat secara berperingkat di semua 578 masjid dan memberi manfaat kepada 173,400 keluarga di seluruh Kedah.

“Setiap masjid menerima 300 kampit beras lima kilogram, 600 tin sardin dan 100 botol kicap. Setiap keluarga akan mendapat satu kampit beras, dua tin sardin dan satu botol kicap.

“Kita harap ia mampu memberikan keselesaan kepada mereka yang terputus bekalan makanan apabila bantuan ini mula diagih mulai hari ini sehingga Mei depan,” katanya ketika ditemui di Kompleks Pembangunan Asnaf di Alor Setar, hari ini.

Sebelum ini, LZNK memperuntukkan lebih RM7 juta bagi membeli makanan untuk diagih kepada golongan terbabit.

Katanya, pihaknya mendapati golongan paling terjejas ialah penjaja, peniaga kecil dan pekerja bergaji hari.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 April 2020 @ 3:07 PM