POLIS dan tentera berkawal sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di KampungParit Salam, Simpang Renggam. FOTO Adnan Ibrahim
POLIS dan tentera berkawal sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di KampungParit Salam, Simpang Renggam. FOTO Adnan Ibrahim
Nurul Amanina Suhaini


SERAMAI 792 individu di Johor ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa kedua.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, semalam sahaja, 59 individu berusia 17 hingga 43 tahun diberkas.

“Sehingga kini, 189 individu sudah didakwa di mahkamah dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

“Sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ayob Khan berkata, menerusi fasa kedua PKP, pihak akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap mana-mana individu yang sengaja ingkar dan enggan patuh arahan.

Berikutan itu beliau meminta kerjasama semua pihak supaya berada di rumah dan tidak melakukan perkara yang boleh dikenakan tindakan.

Katanya, maklumat lanjut boleh hubungi talian 07-221 2999 atau balai polis berhampiran.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 April 2020 @ 11:04 AM