GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Yun Mikail


SEBANYAK 47 premis sudah disinfeksi atau nyah kuman oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) setakat hari ini.

Pengarah Jabatan Landskap DBKK merangkap Pengurus Pasukan Disinfeksi Covid-19 DBKK, Robert Lipon berkata, 12 premis adalah masjid, 10 surau dan tujuh pasar.

“Selain itu, kita juga laksanakan proses nyah kuman di enam bangunan milik DBKK, empat pejabat kerajaan, tiga sekolah dan dua terminal bas.

“Antara lokasi terbabit termasuklah Pasar Besar Kota Kinabalu, Pasar Tanjung Aru dan Pasar Inanam.

“Kita akan melakukan disinfeksi sekitar jam 2 petang selepas semua premis menutup operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memudah proses ini.

“Pelaksanaan dilakukan setiap hari sejak 18 Mac lalu dan ia berterusan sehingga selesai,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu, Robert berkata 55 kakitangan DBKK pelbagai bahagian terbabit dalam pelaksanaan nyah kuman terbabit.

“Semua kakitangan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan pembahagian lokasi disinfeksi,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2020 @ 6:27 PM