JAINJ tangguhkan semua majlis akad nikah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa 18 Mac lalu. FOTO Arkib NSTP
JAINJ tangguhkan semua majlis akad nikah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa 18 Mac lalu. FOTO Arkib NSTP
Omar Ahmad

JABATAN Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menangguhkan semua majlis akad nikah di negeri ini sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa 18 Mac lalu.

Pengarah JAINJ Datuk Md Rofiki A Shamsudin berkata, surat pekeliling berkaitan perkara itu sudah diberikan kepada Pejabat Kadi seluruh daerah.

Katanya, penangguhan itu akan berlangsung sepanjang penguatkuasaan PKP.

“Segala urusan nikah di negeri ini sudah ditangguhkan bermula 18 Mac lalu kerana kita mengambil langkah pencegahan untuk memutuskan rantaian virus Covid-19.

“Ini kerana, biasanya, urusan nikah ini biasanya dihadiri ramai orang.

“Setakat ini, tiada kadi mahupun naib kadi yang disahkan positif Covid-19. Sebab itu kami ambil langkah pencegahan dengan menangguhkan urusan nikah ini,” katanya dihubungi.

Selain Johor, Perak dan Selangor turut mengambil pendekatan sama.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2020 @ 5:50 PM