PETUGAS Unit Kesihatan DBKL menjalankan kerja pembersihan dan sanitasi dibuat secara menyeluruh di perkarangan Masjid Sri Petaling. FOTO Aswadi Alias
PETUGAS Unit Kesihatan DBKL menjalankan kerja pembersihan dan sanitasi dibuat secara menyeluruh di perkarangan Masjid Sri Petaling. FOTO Aswadi Alias
Sri Ayu Kartika Amri


OPERASI Sanitasi Awam Covid-19 akan dilakukan secara besar-besaran, hari ini.

Ia akan dilaksanakan di seluruh negara dengan tumpuan utama di tempat awam berisiko tinggi.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dalam kenyataan berkata, operasi itu adalah satu daripada usaha kerajaan untuk menghentikan penularan virus Covid-19.

Operasi sanitasi hari ini akan bermula 8 pagi hingga 5 petang.

Kuala Lumpur dan Selangor: Kawasan Bukit Damansara, Kuala Lumpur, Pasar Awam Jalan Othman, Petaling Jaya, Surau Al-Umm dan Masjid Al-Falah, Sungai Ramal Dalam.

Negeri Sembilan: Masjid Panchor Jaya di Seremban dan Senawang (Surau Taman Desa Orkid, Surau Taman Seri Pagi, Surau Taman Desa Melor, Surau Taman Desa Anggerik).

Kedah: (Daerah Kuala Muda) Pasar Bisik, Kuala Muda dan Sungai Petani (Tesco SP Utara, Stesen Keretapi, Stesen Bas Lama, Pasaraya Billion, Flat Paya Nahu 1&2, Pasar Taman Ria, Tesco SP Selatan dan Pasar Taman Sri Wang).

Johor: Kampung Sinaran Baru, Kempas, Johor Bahru dan Bandar Simpang Renggam, Kluang.

Perlis: Stesen Bas (Kangar), Stesen Bas (Kuala Perlis), Hub Bas (Arau), Pasar Borong Sena, Pasar Awam (Kuala Perlis), Pasar Awam Utan Aji, Pasar Awam Simpang Empat, Pasar Awam Kaki Bukit, Pasar Awam Padang Besar dan Pasar Awam Arau.

Kuantan, Pahang: Pasar besar, pasaraya dan kedai sekitar Kuantan, Wisma Persekutuan, IPK Pahang, Komtur, Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan serta Pejabat Kerajaan Sekitar.

Pekan, Pahang: Pejabat Daerah dan Tanah Pekan, Pasar Majlis, sekitar pasaraya, kedai dan bank, IPD Pekan dan Majlis Daerah Pekan.

Jerantut, Pahang: Pasar besar atau borong seluruh Jerantut, pasaraya di sekitarnya dan Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.

Esok pula (31 Mac 2020), operasi seterusnya akan dilakukan di Kedah (Daerah Kota Setar) membabitkan kawasan Alor Setar (Stesen Bas Shahab Perdana, Pasaraya Paremba Billion, Stesen Keretapi Anak Bukit, Pasar Kampung Berjaya dan Pasar Teluk Wanjah) dan Terminal Feri, Kuala Kedah.

SWCorp menasihati supaya penduduk sekitar untuk berada di rumah masing-masing sepanjang operasi dijalankan.

Untuk maklumat lanjut boleh mengikuti Facebook Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mac 2020 @ 11:28 AM