PELARIAN Syria mendoakan untuk rakyat Malaysia. FOTO ihsan Facebook Syria Care Malaysia
PELARIAN Syria mendoakan untuk rakyat Malaysia. FOTO ihsan Facebook Syria Care Malaysia
Suraya Roslan


WALAUPUN hidup serba kekurangan, pelarian Syria tetap menitipkan mendoakan rakyat Malaysia yang kini berdepan musibah wabak koronavirus baharu (Covid-19).

Satu video berdurasi satu minit 38 saat dimuat naik oleh Syria Care Malaysia memaparkan seorang lelaki membacakan doa sambil dikelilingi kanak-kanak dari negara itu.

Berikut adalah doa dibacakan:

Ya Allah, sesungguhnya engkau mengetahui kami mempunyai saudara-saudara di atas muka bumi ini khususnya di Malaysia,

mereka membantu kami dengan apa yang mereka ada, maka bantulah mereka Ya Allah daripada musibah ini.

Sesungguhnya wabak corona telah tersebar dalam kalangan mereka.

Ya Allah, sesungguhnya mereka sekarang berhadapan ketakutan, kesulitan dan musibah.

Kau sahaja yang mampu mengangkat bala ini, kau sahajalah yang mampu menolak musibah ini.

Ya Allah, kau gantikanlah ketakutan umat Islam ini dengan ketenangan khususnya di Malaysia.

Ya Allah, kau gantikanlah kesulitan rakyat Malaysia dengan kesenangan.

Ya Allah, kau gantikanlah kesempitan rakyat Malaysia dengan kelapangan.

Ya Allah, peliharalah mereka dengan inayahMu yang tak pernah padam.

Ya Allah, peliharalah mereka dan lindungilah mereka.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2020 @ 5:54 PM