Nor Farhani Che Ad


HOSPITAL Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani memendekkan waktu lawatan bermula semalam bagi mengurangkan risiko jangkitan berikutan penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Pengarahnya Dr Zainal Che Mee berkata, tempoh lawatan ditetapkan bermula 1 tengah hari hingga 2 petang dan 5 petang hingga 7 malam setiap hari termasuk cuti umum.

ARAHAN pertukaran waktu lawatan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) yang dikeluarkan semalam. FOTO NSTP
ARAHAN pertukaran waktu lawatan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) yang dikeluarkan semalam. FOTO NSTP


“Hanya dua pelawat dibenarkan melawat pesakit dalam satu masa, manakala kanak-kanak berusia bawah 12 tahun tidak dibenarkan melawat pesakit di wad.

“Pelawat yang mempunyai gejala influenza seperti demam, batuk, selesema, sakit tekak, muntah dan cirit juga tidak dibenarkan berada di wad,” katanya.

Katanya, pelawat berisiko tinggi mendapat jangkitan seperti pesakit kronik dan individu dengan imuniti rendah tidak dibenarkan melawat hospital kecuali atas sebab kecemasan tidak dapat dielakkan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2020 @ 2:46 PM