HOSPITAL Tengku Ampuan Afzan (HTAA). FOTO arkib NSTP
HOSPITAL Tengku Ampuan Afzan (HTAA). FOTO arkib NSTP
Asrol Awang


PENGURUSAN Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan mengehadkan jumlah pelawat kepada dua orang setiap pesakit dalam satu-satu masa bagi mencegah penularan Covid-19.

Menurut kenyataan HTAA, tempoh lawatan juga dipendekkan termasuk pada Sabtu dan Ahad.

“Waktu lawatan pada tengah hari dipendekkan bermula dari 1 tengah hari hingga 2 petang manakala lawatan petang dari 5 petang hingga 6.30 petang.

“Sebelum penularan Covid-19, waktu lawatan ialah 12.30 tengah hari hingga 2 petang dan dari 4.30 petang hingga 7 malam.

“Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan melawat pesakit di wad,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu turut meminta pelawat yang berisiko tinggi mendapat jangkitan tidak dibenarkan melawat melainkan atas sebab kecemasan yang tidak dapat dielakkan.

Katanya, mereka yang mempunyai gejala influenza seperti sakit tekak, selesema, demam, muntah dan cirit-birit tidak dibenarkan berada di wad.

“Arahan ini berkuatkuasa semalam (14 Mac) dan sebarang perubahan akan dimaklumkan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mac 2020 @ 10:35 AM