MOHD Abduh menunjukkan motosikal yang dirampas daripada Geng Adik.FOTO Adnan Ibrahim
MOHD Abduh menunjukkan motosikal yang dirampas daripada Geng Adik.FOTO Adnan Ibrahim
Adnan Ibrahim

TIGA lelaki berusia 34 hingga 54 tahun yang juga anggota Geng Adik ditahan pada Ops Lejang dan Ops Pintu dijalankan 8 dan 9 Mac.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, tangkapan dibuat di Taman Sri Kluang, Taman Kluang Barat dan Kampung Bentong Dalam.

“Dua daripada suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah manakala saringan air kencing mendapati kesemuanya positif dadah.

“Hasil penahanan suspek, kami merampas sebuah Proton Wira, sebuah Perodua Viva dan empat motosikal SYM bernilai lebih RM20,000.

PERODUA Viva yang dirampas. FOTO Adnan Ibrahim
PERODUA Viva yang dirampas. FOTO Adnan Ibrahim

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (Pecah Rumah), sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya hari ini.

Menurut Mohd Abduh, penahanan suspek juga membolehkan pihaknya menyelesaikan lima kes curi kenderaan dan dua kes pecah rumah di sekitar Kluang.

“Ketiga-tiganya direman sehingga 17 Mac ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2020 @ 7:59 PM