RIZAM menunjukkan cara menggunakan bidal bagi penjimatan air. FOTO Amirul Aiman Hamsuddin.
RIZAM menunjukkan cara menggunakan bidal bagi penjimatan air. FOTO Amirul Aiman Hamsuddin.
Amirul Aiman Hamsuddin


KURANG pengetahuan mengenai perkhidmatan dalam talian dan aplikasi telefon pintar untuk membuat pembayaran bil air antara masalah yang dialami penduduk luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar Rizam Ismail berkata, rata-rata pengguna di luar bandar mengadu berdepan kesulitan berikutan gagal menjelaskan bil hingga menyebabkan bayaran tertunggak.

Sehubungan itu, beliau berharap Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memperluaskan lagi kempen penerangan berhubung penggunaan perkhidmatan bil dalam talian (e-bil) khususnya kepada penduduk luar bandar.

“Kempen penerangan dan taklimat perlu dilakukan lebih kerap supaya penduduk kampung lebih memahami.

“Saya melihat kaedah ini (e-bil) lebih baik kerana maklumat berkaitan air sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa.

“Bagaimanapun, ia perlu diselaraskan dari segi pemahaman dan penyampaian kepada pengguna di negeri ini dengan lebih meluas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Jimat Air di Balai Komuniti Kampung Tebuk Mufrad, Sabak Bernam, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mac 2020 @ 7:19 PM