MAYAT yang ditemui orang ramai di kawasan semak berhampiran lapangan terbang lama. FOTO ABDUL RAHEMANG TAIMING
MAYAT yang ditemui orang ramai di kawasan semak berhampiran lapangan terbang lama. FOTO ABDUL RAHEMANG TAIMING
Abdul Rahemang Taiming


MAYAT lelaki ditemukan dalam kawasan semak berhampiran kawasan lapangan terbang lama di sini, tengah hari tadi.

Mayat dipercayai warga tempatan berusia lingkungan 50-an itu ditemukan kira-kira 12.40 tengah hari oleh orang awam yang melalui kawasan terbabit sebelum memaklumkannya kepada polis.

Mayat berpakaian baju berkolar berwarna hitam serta berseluar jeans itu dalam keadaan terlentang.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan penemuan mayat terbabit.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan termasuk mengenal pasi identiti sebenar mangsa.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Februari 2020 @ 3:26 PM