OBOR-obor yang ditemui APM sebelum dimaklumkan kepada pihak berkaitan.
OBOR-obor yang ditemui APM sebelum dimaklumkan kepada pihak berkaitan.
Ahmad Rabiul Zulkifli


MAJLIS Daerah Marang (MDM) menjalankan kerja pembersihan di Pantai Pulau Kekabu bagi menghapus obor-obor jenis Portuguese man o’ war, setiap hari.

Kerja pembersihan itu bagi menjamin keselamatan pengunjung.

Setiausaha MDM Nor Nadia Zahira Zakaria berkata, tugasan diberi kepada kontraktor yang dilantik untuk membersihkan kawasan pantai sejak Januari 2019.

“Kerja-kerja pembersihan meliputi kutipan sisa buangan daripada pengunjung, sisa tumbuhan, pemotongan rumput, sisa sampah yang dibawa ombak dan bangkai haiwan.

“Disebabkan terdapat isu obor-obor spesies berbahaya ini, kontraktor kebersihan sudah diarah supaya melakukan kutipan dan melupus obor-obor setiap hari,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sejak semalam, MDM berjaya mengutip lebih 50 obor-obor di pantai itu sehingga 4 petang semalam.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marang menemui obor-obor berbahaya itu terdampar di Pantai Pulau Kekabu ketika menjalani Latihan Penyelamat Pantai pada 11 Februari lalu.

Berita berkaitan:

  • Jangan sentuh obor-obor ini [METROTV]
  • Obor-obor 'predator' di Pantai Pulau Kekabu [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Februari 2020 @ 4:56 PM