KHIR Johari salah seorang penerima dekoder percuma dalam program Penyerahan Dekoder myFreeview bagi kategori Orang Kurang Upaya ( OKU ). FOTO Rafiqah Dahali
KHIR Johari salah seorang penerima dekoder percuma dalam program Penyerahan Dekoder myFreeview bagi kategori Orang Kurang Upaya ( OKU ). FOTO Rafiqah Dahali
Rafiqah Dahali


“SAYA buta, jadi pemberian dekoder percuma ini cukup bermanfaat kepada saya untuk mendengar lebih banyak rancangan saluran radio,” kata pesara, Khir Johari Abdullah, 60.

Khir Johari yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) kategori cacat penglihatan adalah seorang daripada penerima dekoder percuma dalam program Penyerahan Dekoder myFreeview bagi kategori OKU.

Beliau berkata, dia sangat gembira mendapat dekoder percuma itu kerana sebelum ini saya tidak pernah memperoleh apa-apa bantuan seperti itu.

“Saya amat gemar mendengar siaran rancangan radio, terutama rancangan radio tempatan Sabah untuk mengetahui perkembangan terkini.

“Apabila menerima dekoder percuma ini, saya mempunyai lebih banyak pilihan saluran radio yang saya ingin didengari,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Khir Johari yang berasal dari Tuaran itu berkata, dia suka mendengar lagu dan drama radio, selain berita, lebih-lebih lagi yang dimainkan rancangan radio tempatan Sabah.

Seorang lagi penerima dekoder percuma kategori OKU, Miligwfom Lorin, 36, berkata, pemberian dekoder percuma itu, terutama kepada golongan OKU cukup bermakna buat mereka.

MILIGWFOM Lorin gembira mendapat dekoder myFreeview percuma bagi kategori Orang Kurang Upaya ( OKU ). FOTO Rafiqah Dahali
MILIGWFOM Lorin gembira mendapat dekoder myFreeview percuma bagi kategori Orang Kurang Upaya ( OKU ). FOTO Rafiqah Dahali

“Saya sangat gembira apabila terpilih untuk menerima dekoder percuma hari ini. Lebih banyak saluran televisyen yang saya dapat nikmati bersama keluarga.

“Memandangkan saya sekeluarga rajin menonton televisyen, dengan dekoder percuma ini kami dapat meluangkan masa bersama-sama,” katanya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo hari ini merasmikan penyerahan dekoder percuma kepada golongan B40 dan OKU dalam majlis program Penyerahan Dekoder myFreeview di Kota Kinabalu, hari ini.

Penerima dekoder percuma terbabit membolehkan mereka menikmati 14 saluran percuma dan enam saluran radio dengan resolusi serta kualiti gambar dan bunyi yang lebih jelas secara definisi standard (SD) dan definisi tinggi (HD).

Pengguna juga dapat menikmati Panduan Program Elektronik (EPG), sari kata pelbagai bahasa dan fungsi perkhidmatan televisyen interaktif.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Februari 2020 @ 6:33 PM