NORDIN (kanan) dan Khaidir, mengambil air perigi di kampung Bukit Pulau ketika krisis air yang sedang berlaku. FOTO NAZRI ABU BAKAR
NORDIN (kanan) dan Khaidir, mengambil air perigi di kampung Bukit Pulau ketika krisis air yang sedang berlaku. FOTO NAZRI ABU BAKAR
Nazri Abu Bakar


“KEBIASAANNYA perigi ini menjadi tempat penduduk mengambil air ketika musim kemarau,” kata Bajenah Abu Hassan dari Kampung Bukit Pulau, Melaka.

Bajenah, 64, perigi pusaka itu digali Allahyarham datuk dan neneknya, Win Amin dan Kechut Dollah lebih 100 tahun lalu.

Malah, kesinambungan diteruskan arwah ibu dan ayahnya, Abu Hassan Ahmad dan Anya Win apabila perigi itu terus digunakan sanak saudara dan jiran sejak zaman tiada bekalan air paip lagi.

Pada masa sama, ia menjadi orang ramai termasuk ketika catuan dilaksanakan.

“Alhamdulillah, setakat ini air belum pernah putus sambil kami sentiasa berdoa ia tidak kering bagi membolehkan terus digunakan ketika perlu.

“Kami anggap ia sebagai amal jariah buat ibu bapa kami yang sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, orang ramai boleh mengambil air berkenaan pada bila-bila masa mengikut keperluan.

Dia yang tinggal bersama anak saudaranya, Rezuan Rosli, 32, amat teruja berikutan perigi terbabit mampu memberi faedah terutama ketika musim catuan berjadual ketika kini.

Sementara itu, penduduk kampung, Nordin Ali, 64, berkata, perigi amat sukar ditemui dengan kebanyakan penduduk di kampung tidak lagi menggunakannya.

Katanya, justeru perigi amat penting terutama ketika musim gawat berikutan ketiadaan air.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Februari 2020 @ 4:50 PM