MOHAMADDIN (kanan) bersama Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly ketika sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Khas dan Seisi Taklimat Berkaitan 2019 novel Koronavirus (2019- nCoV) di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di Putrajaya. FOTO Luqman Hakim Zubir
MOHAMADDIN (kanan) bersama Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly ketika sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Khas dan Seisi Taklimat Berkaitan 2019 novel Koronavirus (2019- nCoV) di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di Putrajaya. FOTO Luqman Hakim Zubir
Samadi Ahmad

SASARAN 30 juta pelancong antarabangsa dan domestik ke dalam negara sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 tidak akan terjejas susulan wabak Novel Koronavirus atau 2019-nCoV.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC ),Datuk Mohamaddin Ketapi, berkata, wabak Koronavirus masih terkawal dan rakyat di negara ini tidak perlu bimbang dan terpengaruh dengan penyebaran berita tidak benar.

Menurut beliau, kerajaan Malaysia mempunyai pengalaman sebelum inibagi menangani masalah seperti itu dan agenda Nasional TMM 2020 akan tetap diteruskan.

" Penangguhan sementara visa perjalanan terhadap warga China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei hanya memberi kesan kecil terhadap kempen TMM 2020 kerana pelawat negara lain seperti Australia dan England masih boleh melawat ke negara ini," katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Khas dan Seisi Taklimat Berkaitan 2019 novel Koronavirus (2019- nCoV) di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di Putrajaya tadi.

Turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Norhisham Abdullah.

Sementara itu, Dr Dzulkefly memaklumkan sehingga tengah hari Selasa (28 Januari), terdapat tiga kes n-CoV 2019 masih disiasat membabitkan satu kes ditahan di Hospital Bintulu, Sarawak dan dua lagi di Hospital Langkawi, Kedah.

Jumlah kes positif n-Coav 2019-nCov di Malaysia kekal empat, dan semua yang terbabit adalah warga negara China.

Mohamaddin berkata kedua-dua pihak berkuasa China dan Malaysia sudah mengambil langkah-langkah keselamatan bagimembendung penyebarannCoV 2019 dengan menangguhkan sementara visa perjalanan pelancong dari Wuhan ke negara ini dan juga sebagai pelancong domestik di negara mereka sendiri.

Menurut beliau, sebagai langkah keselamatan Kementerian Kesihatan juga sudah menguatkuasakan pemeriksaan kesihatan di semua pintu masuk negara.

Katanya, pihaknya akan mengeluarkan surat kepada semua tempat tarikan pelancongan supaya tidak menutup pintu kepada pelancong warga asing memandangkan situasi 2019-nCoV adalah terkawal.

"Pelancong yang memasuki negara ini adalah dari kalangan yang dianggap sihat dan jangan halang mereka untuk mengunjungi tempat tarikan pelancong.

"Perbuatan menghalang ini dianggap salah dan mereka adalah dari kalangan yang cukup sihat untuk mengadakan perjalanan ke negara ini," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 January 2020 @ 5:17 PM