WAN Azizah (tiga dari kanan) bersama Tun dan Siti Hasmah membincangkan isu koronavirus. FOTO Twitter Dr Wan Azizah
WAN Azizah (tiga dari kanan) bersama Tun dan Siti Hasmah membincangkan isu koronavirus. FOTO Twitter Dr Wan Azizah
Redzuan Muharam


TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkunjung ke kediaman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini, untuk membincangkan dengan terperinci mengenai isu wabak koronavirus baharu.

Menerusi ciapan dimuat naik di Twitter miliknya, beliau turut memuat naik gambar bersama Dr Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sewaktu pertemuan itu.

“Pagi ini saya telah berkunjung ke rumah YAB Perdana Menteri bagi memaklumkan serta berbincang dengan terperinci berkenaan isu Coronavirus.

“Saya optimis kerajaan mampu menangani masalah ini dengan segala langkah-langkah tegas,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 January 2020 @ 7:43 PM