SUPRIADI. FOTO Ihsan PDRM
SUPRIADI. FOTO Ihsan PDRM
Samadi Ahmad


IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang mengesan saksi bagi perbicaraan kes ugutan jenayah di Mahkamah Seksyen Sepang, Sepang, 23 Januari nanti.

Lelaki berkenaan, warga Indonesia dikenali sebagai Supriadi, 40, beralamat di Gombak dikesan bagi membantu perbicaraan kes itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata, lelaki berkenaan adalah saksi utama bagi perbicaraan kes terbabit.

Beliau berkata, tanpa kehadirannya, polis sukar untuk membuat pertuduhan terhadap suspek.

Menurut beliau, kes berkenaan berlaku pada 2016 dan sehingga sekarang, polis menghadapi kesukaran bagi mengesan saksi yang tidak mempunyai alamat lengkap.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz di talian 017-6556575 untuk tindakan lanjut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 January 2020 @ 9:34 AM