GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

GANGGUAN bekalan elektrik di sekitar Segamat, Johor berikutan masalah di pencawang masuk utama (PMU) Bukit Siput sudah pulih sepenuhnya.

Ketua (Operasi) Rangkaian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad (TNB) Wan Nazmy Wan Mahmood berkata, bekalan elektrik dipulihkan secara berperingkat kepada 19,000 pelanggan yang terjejas sejak 8.15 malam, semalam.

“Pasukan teknikal kami telah bertungkus lumus sejak semalam dan bekalan elektrik pulih sepenuhnya jam 12.30 tengah hari tadi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Gangguan yang bermula pada 5.35 petang Selasa menyebabkan anggaran kehilangan beban sebanyak 24.5 megawatt (MW), sekali gus menjejaskan perkhidmatan kepada pengguna.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 January 2020 @ 11:41 PM