SUSPEK diberkas di sekitar Kota Kinabalu. FOTO  ihsan Polis
SUSPEK diberkas di sekitar Kota Kinabalu. FOTO ihsan Polis
Juwan Riduan


SELEPAS 55 jam diburu, suspek samun pemandu Grab wanita ditahan polis di sekitar Kota Kinabalu, semalam.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata, pihaknya menahan suspek berusia lingkungan 20 tahun kira-kira 6 petang.

"Suspek yang bekerja sebagai konduktor bas itu disyaki terbabit dalam samun yang berlaku di Kampung Gana, Kinarut, pada 7 Januari lalu.

"Suspek kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar dan masih dalam siasatan polis," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Batholomew berkata, mangsa stabil dan kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian Selasa lalu, pemandu Grab wanita cedera apabila disamun lelaki yang juga penumpangnya.

Mangsa ditinggalkan di tepi jalan Kampung Gana dalam keadaan mukannya berdarah.

Berita berkaitan:

  • Kereta pemandu Grab ditemui semula
  • Pemandu Grab wanita dipukul, disamun
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 January 2020 @ 11:16 PM