SUSPEK ditahan bersama 1,570 bungkus rokok seludup. FOTO ihsan PGA
SUSPEK ditahan bersama 1,570 bungkus rokok seludup. FOTO ihsan PGA
Hazsyah Abdul Rahman


WARGA Pakistan disyaki menjadi dalang utama pembekal rokok seludup ke ladang di kawasan Paitan berjaya diberkas Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 20 Beluran, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari, lelaki, 37, itu diberkas bersama 1,570 bungkus pelbagai jenis rokok seludup.

Pegawai Memerintah PGA Batalion 20 Beluran, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, pihaknya menahan kenderaan pacuan empat roda dipandu suspek di Jalan Paitan.

“Sebaik diperiksa, terdapat rokok seludup pelagai jenis dianggarkan bernilai RM28,711 ditemui dalam kenderaan suspek.

“Pemeriksaan lanjut, lelaki itu merupakan pemegang pasport berasal dari Pakistan.

“Suspek dipercayai datang dari Keningau dan menjadi pembekal rokok seludup ke kawasan ladang sekitar Paitan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd berkata, suspek kemudiannya dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran untuk tindakan lanjut.

“Jumlah keseluruan rampasan dianggarkan mencecah RM108,711.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(D) Akta Kastam 1967,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 January 2020 @ 10:12 PM