PEKERJA Alam Flora membersihkan sampah yang dibuang orang ramai selepas menyambut ambang tahun baru di sekitar Kuala Lumpur. FOTO ihsan Alam Flora
PEKERJA Alam Flora membersihkan sampah yang dibuang orang ramai selepas menyambut ambang tahun baru di sekitar Kuala Lumpur. FOTO ihsan Alam Flora
Muhaamad Hafis Nawawi


WALAUPUN hari ini melangkah ke tahun 2020 namun sikap masyarakat negara ini masih tidak berubah dan suka membuang sampah merata-merata.

Ini terbukti apabila pekerja Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) mengutip sembilan tan sampah sarap yang dibuang orang ramai di lokasi menjadi tumpuan di ibu kota ketika menyambut ambang tahun baru.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd Zain Hassan berkata, sampah dikutip di kawasan KLCC sebanyak empat tan, Bukit Bintang (2.5 tan) dan Dataran Merdeka (2.5 tan).

Menurutnya, seramai 100 orang termasuk pekerja am, pemandu dan penyelia Alam Flora membabitkan 10 unit jentera kompaktor dan pembersihan bertugas membersihkan sampah sarap itu.

“Kita mengambil masa lapan jam untuk mengutip dan membersihkan lokasi tumpuan terbabit yang dibuang sampah oleh pengunjung,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 January 2020 @ 10:08 PM