Peserta yang terlibat membersihkan beberapa kawasan di hadapan Plaza Low Yat.
Peserta yang terlibat membersihkan beberapa kawasan di hadapan Plaza Low Yat.
AKTIVITI gotong-royong selepas perasmian Program Kempen Kebersihan Bukit Bintang.
AKTIVITI gotong-royong selepas perasmian Program Kempen Kebersihan Bukit Bintang.
Oleh Nur Lela Zulkipli


Kuala Lumpur: Sebanyak 1,300 kilogram sampah berjaya dikutip oleh 1,000 sukarelawan menerusi Program Kempen Kebersihan Bukit Bintang ‘Jom Bersih Bukit Bintang 9’, Sabtu lalu.

Pengerusi program Simon Leong berkata, kawasan Bukit Bintang sentiasa dikunjungi bukan saja oleh warga tempatan, malah pelancong asing yang mahu bermalam di tengah-tengah pusat bandar raya.

“Berdasarkan pemerhatian berterusan Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), lokasi tumpuan ramai seperti pekarangan hotel dan gerai makan berisiko dipenuhi dengan sampah-sarap setiap masa.

“Jadi, kita bersama beberapa rakan kongsi daripada sektor swasta membuat keputusan meluangkan masa lima hingga tujuh jam membersihkan lokasi yang dikenal pasti menyumbang sampah-sarap harian dalam kuantiti banyak,” katanya, semalam.

Antara lokasi yang terbabit dengan program gotong-royong itu ialah Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang, Jalan Alor, Changkat Bukit Bintang dan Fahrenheit 88.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 November 2015 @ 8:50 AM