KEADAAN kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan lori. FOTO Ihasn Bomba
KEADAAN kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan lori. FOTO Ihasn Bomba
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


TUJUH warga Indonesia cedera selepas bas ekspres dinaiki terbabit kemalangan dengan lori di Kilometer 230 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di Kuala Kangsar, awal pagi hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian 2.20 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar diarahkan ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba, pihaknya mendapati kemalangan membabitkan sebuah bas dengan lori dan terdapat tujuh mangsa cedera.

“Bas ekspres berkenaan membawa 30 penumpang dan tujuh daripadanya cedera, tiada penumpang tersepit.

“Kesemua mangsa yang cedera kemudiannya diberikan rawatan awal dan dibawa ke hospital oleh ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, operasi kemudiannya ditamatkan 2.55 pagi selepas pihaknya memastikan kesemua mangsa sudah keluar dari bas berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Disember 2019 @ 9:17 AM