ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membawa mayat Steven Semuil, 23, yang ditemui terapung di Sungai Pandaruan, Limbang. FOTO Ihsan JBPM.
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membawa mayat Steven Semuil, 23, yang ditemui terapung di Sungai Pandaruan, Limbang. FOTO Ihsan JBPM.
Kandau Sidi


LELAKI Brunei yang dilaporkan hilang, Selasa lalu ditemui lemas di Sungai Pandaruan, Limbang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mayat Steven Semuil, 23, dijumpai pada 2.50 petang, semalam, tiga kilometer dari Pos Kawalan Operasi Bomba.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis Brunei atas arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Limbang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan empat kumpulan dalam radius empat kilometer, ditamatkan pada 3.50 petang hari sama mayat ditemui.

Terdahulu, mangsa dikatakan hilang ketika menyeberangi Sungai Pandaruan.

Lebih 50 anggota keselamatan bersama penduduk kampung terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Disember 2019 @ 2:10 PM