Nor Farhani Che Ad


KELINDAN lori yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan di tandas Surau Al Ikhlas Zon Mawar, di Sungai Petani pada 13 Disember lalu direman enam hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman ke atas lelaki berusia 31 tahun itu dikeluarkan di Mahkamah Sungai Petani oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Mohammad Alif Abdul Aziz.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, lelaki terbabit menyerah diri di Balai Polis Bedong semalam dan disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta 792.

ANGGOTA polis mengiringi suspek yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan dalam kejadian di tandas Surau Al Ikhlas, dibawa ke Mahkamah Sungai Petani untuk mendapat perintah tahanan reman. FOTO Nor Farhani Che Ad
ANGGOTA polis mengiringi suspek yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan dalam kejadian di tandas Surau Al Ikhlas, dibawa ke Mahkamah Sungai Petani untuk mendapat perintah tahanan reman. FOTO Nor Farhani Che Ad

Sabtu lalu, rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) suspek mencabul kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun tular di media sosial.

Ketika kejadian, mangsa bersama sepupunya sedang bermain di taman permainan bersebelahan tandas surau sebelum dipanggil suspek ke tandas berkenaan dan mencabul mangsa.

Berita berkaitan

Polis cari lelaki cabul budak

Suspek cabul budak serah diri

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Disember 2019 @ 11:32 AM