ANTARA rokok seludup yang dirampas di Sepang, kelmarin.
ANTARA rokok seludup yang dirampas di Sepang, kelmarin.
Hidayatul Akmal Ahmad


POLIS merampas 15,200 karton rokok seludup dianggarkan bernilai RM2.5 juta dalam serbuan di Sepang, kelmarin.

Serbuan dilakukan anggota Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas Pasukan Gerakan Khas (PGK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman hasil risikan.

Pengarah JKDNKA, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, rokok berkenaan dipercayai milik sindiket pengedaran rokok seludup yang bergiat aktif sekitar Lembah Klang.

Katanya, pihaknya turut menahan empat lelaki termasuk seorang warga Bangladesh berusia 23 hingga 41 tahun disyaki ahli sindiket berkenaan.

“Polis merampas sebuah lori lima tan dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza.

“Semua suspek direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) hingga 30 Oktober ini untuk siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Oktober 2019 @ 6:05 AM